Pesanan penaja

Sebagai seorang manusia yang selalu 'emo', saya suka pada kata-kata, lagu, puisi atau apa-apa saja yang boleh menaikkan semangat saya. Jadi saya kumpulkan dan letakkan semuanya di blog ni dengan harapan dapat berkongsinya dengan manusia-manusia 'emo' yang lainnya. Semoga kita semua dapat ambil manfaat dan tidak 'emo' lagi selepas ini.

Apapun harus diingatkan, ini semua hanyalah alternatif. Sebagai seorang Muslim, Allahlah selayaknya tempat kita mengadu, dirikanlah solat untuk membina kekuatan dan jadikanlah al-Quran sebagai sumber motivasi kita yang utama..

Sekian, terima kasih (^-^)

p/s: semua karya di blog ini samaada lagu, puisi ataupun quotes adalah bukan hakmilik atau ciptaan saya sendiri.

Monday, August 2, 2010

Jangan mengeluh..

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

No comments: